Tuesday 3 December 2013

Melayu Paranoid...



Nasib kau lah jadi melayu. Bangsa ni sememangnya paranoid. Malas baca, malas kaji, malas belajar (malas aku nak layan). Yang mereka tahu hanya cedok balik pemikiran tradisionalis/ortodoks/konservatif dan sampaikan pada masyarakat. Semudah copy paste. Kemudian siap boleh perasan diri mereka itu kebenaran dan yang menyimpang itu kesesatan. Aku rasa kamu semua mesti pernah lihat adegan-adegan ni dalam wall facebook masing-masing.

            Melayu sangat allergic dengan terma wahabi, syiah, liberal, komunis, DAP, Karpal Singh, pluralisme, sekularisme, Chin Peng, Karl Marx dan macam-macam lagi. Bila datangnya isu ni, masing-masing berlagak sebagai hero mempertahankan aqidah dan kepercayaan. Maka bermula lah hujah-hujah dangkal yang keluar dek kerana kurang membaca dan kegagalan memahami epistemologi dan etimologi. Secara tak lansung lahir lah sarjana jalanan yang  diiktiraf oleh puak jumud, paranoid lagi bebal.


            Minggu lepas persatuan saya organized satu diskusi mahasiswa. Di akhir diskusi itu kami ditegur sebab tak start majlis dengan surah fatihah. Kononnya tak berkat? Secara tidak lansung majlis yang nabi, para sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin buat selama ni tidak berkat juga lah? Tak boleh ke start majlis dengan lafaz hamdalah, pujian kepada Allah dan selawat kepada nabi saja? Ataupun WAJIB al fatihah? Pokoknya yang perlu dilihat ialah start majlis dengan pujian kepada Allah. Lafaznya terserah lah bagaimana sama ada nak baca fatihah atau tidak seperti keumuman sabda nabi:

كل كلام لا يبدأ فيه بحمد الله فهو أجذم
Ertinya : "Setiap percakapan yang tidak dimulakan dengan pujian kepada Allah maka ia adalah terpotong" ( Riwayat Ibn Hibban dalam Sohihnya; Ibn Solah dan An-Nawawi : Hadith Hasan ; Rujuk Syarah Ibn Majah oleh As-Sindi )

Al-Khattabi berkata : maksud terpotong itu adalah tiada sempurna dan susunan baginya, ia juga membawa terpotong dari keberkatan ( Rujuk Awnu Al-Ma'bud , hadith no 4200;). Ini salah satu bentuk pemikiran tradisionalis. Mereka hanya tahu cedok amalan orang-orang lama kemudian menjadikan dalil supaya diikuti semua orang. Mereka yang tidak buat amalan ni akan dilabel macam-macam.

Baru-baru ni seorang pak mufti dalam kuliahnya mengatakan wahabi ini adalah golongan yang mengatakan Allah duduk macam kera duduk, Allah boleh pegang najis. Semudah itu ungkapan yang terbit dari lidah mufti yang di agungkan? Kitab mana yang wahabi sebut? Maka mengamuk lah puak-puak wahabi. Chup! Ketika isu syiah heboh, para asatizah wahabi pulak sibuk jaja bahawa syiah ni adalah kelompok yang mengkafirkan sahabat, mengatakan imam mereka maksum, menjadikan amalan taqiyah itu untuk tingkatkan keimanan, syiah lelaki cium sesama mereka dan lain-lain. Ok, dari satu sudut ada benarnya. Namun apa perinciannya? Betul ke syiah macam tu? Apa maksud kafir disisi syiah dan kafir disisi sunni? Maksud taqiyah disisi syiah apa pulak? Maksud imam maksum adakah suci dan bebas dari dosa seperti mana yang sunni faham? Melayu gemar baca sumber sekunder dari sumber primer atau sumber asal.













Aku meletakkan tajuk posting ni “Melayu Paranoid” kerana rata-ratanya mereka bersifat sebegitu. Pertubuhan-pertubuhan yang mainstreamnya melayu seperti UMNO, PAS, ISMA, PERKASA dan Hizbut Tahrir semunya lemau dan berfikiran sempit.

            UMNO dan PERKASA dari dulu hingga sekarang masih jaja isu perkauman kononnya orang cina bahaya, tak kenang budi dan kurang ajar. Hujah mereka ialah peristiwa 13 Mei. Yang orang melayu buat provokasi tu tak bahaya pulak? Utusan Meloya siap siar di front page tajuk “Apa lagi cina mahu?” ketika BN kalah undi majoriti PRU13 dulu. Oh mungkin ini lah ketuanan melayu. Melayu tuan, cina hamba.

            PAS pulak tak habis-habis isu hudud dan kepimpinan ulama. Kalau boleh semua dalam parti tu ulama senang sikit. Ulama pulak tak tahu ekonomi dan undang-undang. Kemudian ada di kalangan ‘ulama’ ni tolak tahalluf siyasi dan tak nak kawan dengan DAP sesat. Mat Sabu tak boleh jadi pimpinan sebab syiah.

            ISMA pulak hentam liberal, pluralisme,syiah, kristianisasi. Hentaman dah bagus. Tapi tidak menguasai sepenuhnya isu tersebut. Ada beza antara liberal dan sosialis. Ada beza juga antara islam liberal, demokrasi liberal dan ekonomi liberal. Beza antara sosialis dan komunis pulak apa. Baru jemput Khalid Jaafar bagi ceramah tak kan dah jadi liberal sesat kot. Baru simpan dan beli buku syiah dah jadi syiah? Pukul rata semua.

            Hizbut tahrir pulak masih lagi idamkan sistem khilafah yang bersifat utopia semata-mata. Kemudian salahkan demokrasi. Salahkan orang islam yang sokong demokrasi kononnya itu datang dari barat dan akan menyesatkan islam. Jaja fatwa 4 mazhab pasal khilafah tanpa kefahaman. Penyudahnya, mereka hanya edarkan flyers, anjur seminar dan sebarkan dalam facebook saja sejak bertahun-tahun. Mana framework ke arah tu? Daftar sebagai parti politik dulu kalau nak pecahkan tembok demokrsi.

            Golongan mahasiswa islam di universiti pulak sibuk nak control minda pelajar-pelajar baru. Mereka menghalang ahli-ahli usrah untuk membaca buku Karl Marx, Emmanuel Kant, Ali Syari’ati kemudian hanya hadkan silibus Fathi Yakan yang saban tahun diulang. Bahkan silibus Fathi Yakan itu pula hanya dibaca secara literal tanpa kajian, pembacaan tambahan dan penghuraian yang mantap. Siapa yang tak sebulu dengan fahaman mereka akan mereka label liberal, sesat, sosialis, syiah, wahabi dan sebagainya. Semua ini gejala kebobrokan pemikiran.

            Bangsa Melayu sebenarnya ada banyak lagi kebaikan dan kelebihan. Namun aku hanya nak sebutkan kelemahan mereka agar mereka perbaiki. Aku lebih gemar jika melayu banyakkan membaca, banyakkan kajian sebelum berkata sesuatu. Aku sangat tidak bersetuju apabila kita menggunakan kuasa untuk jatuhkan aliran yang tidak sebulu. Aku lebih gemar dianjurkan open debate dan wacana. Pemikiran harus di lawan dengan pemikiran juga. Kalau seseorang itu dikatakan sesat, tunjukkan kesesatannya dan minta dia defend pendirian dia. Berhujah lah. Jangan takut berfikir. Sapare Aude!





No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
Tinggalkan komen/pesanan anda di sini.
Terima kasih