Tenanglah duhai hati
Jangan selamanya pergi
Kerna disini ramai yang menanti
Usah lama menyendiri
Nanti binasa diri sendiri
Kemana..
Kemana ingin kau pergi
Dihadapanmu lautan
Dibelakangmu lautan
Kiri dan kananmu juga lautan
Apa pilihanmu?
Mati atau rempuhi?
Apakah kau lupa pada sejarah Van Der Wijck?
Ataupun sejarah Titanic?
Usah bimbang
Kerna sejarah Black Pearl belum berakhir
Ia hanya berlabuh
Menebalkan perisai yang nipis
Bergembiralah
Kerna Jack Sparrow sudah kembali
Bersama kompas hati
Dia tidak lagi seperti dulu
Dia pelajari sesuatu
Terima kasih Christopher Columbus
Kali ini..
Pelayaran lebih tenang
Lebih santai
Tidak tergesa sampai ke destinasi
Agar pelayaran lebih dinikmati
Mungkin akan singgah Jeju
Ataupun Bali
Apa katamu?
Ini bukan lagi kisah kapten kapal
Bukan juga kisah Black Pearl
Ini kisah persahabatan
Kisah keluarga
Kisah perjalanan membeli jiwa
Buat bekalan bertemu Ilahi
Ayuh
WELCOME ABOARD
Thursday, 15 May 2014
Friday, 17 January 2014
Kisah Kapten Kapal
Dulunya, aku pernah menjadi kapten kapal
Aku pernah mengemudi sebuah kapal yang besar
Aku punyai anak kapal yang ramai
Ku latih mereka menjadi anak kapal yang hebat
Layar kapal yang usang, ku ubah menjadi baru
Anak kapal yang sedikit, ku tambah menjadi ramai
Kelihatannya kapalku ini gah di persada lautan
Sepanjang pelayaran, berbagai dugaan yang tiba
Aku bersama anak kapalku mendepaninya dengan mudah
Mereka hebat...mereka gagah...
Namun, aku tidak selamanya menjadi kapten
Kedut-kedut di muka makin bertambah
Kakiku tak sekuat dulu
Aku mula meninggalkan kedudukan itu
Agar yang lebih muda mengisinya
Jauh dari sudut hati, aku masih cintakan lautan
Berbekalkan semangat itu
Aku kembali ke persada lautan
Aku mencari anak kapal yang ada keinginan sepertiku
Walaupun sedikit, tetapi kapalku tetap berlayar
Tapi aku lupa....kapalku tidak sebesar dulu
Bahkan ianya sangat usang
Tidak mampu untuk mengegar ombak
Aku silap
Ternyata aku silap
Aku hanya ada keinginan
Tetapi aku tidak punyai peralatan yang cukup
Anak kapalku mula meninggalkanku
Awalnya ku sangkakan mereka akan setia bersamaku
Namun aku mengerti
Mereka juga punyai kehidupan sendiri
Akhirnya ku bersendiri
Pun begitu, kapal kecilku ini sudah berlayar hampir setahun
Sudah cukup membanggakanku
Kini ianya tiada lagi
Berlayar membawa pergi cita-cita ini
Yang tinggal hanya kenangan abadi
Hanya satu yang inginku ungkapkan
BYE BYE BLACK PEARL
Aku pernah mengemudi sebuah kapal yang besar
Aku punyai anak kapal yang ramai
Ku latih mereka menjadi anak kapal yang hebat
Layar kapal yang usang, ku ubah menjadi baru
Anak kapal yang sedikit, ku tambah menjadi ramai
Kelihatannya kapalku ini gah di persada lautan
Sepanjang pelayaran, berbagai dugaan yang tiba
Aku bersama anak kapalku mendepaninya dengan mudah
Mereka hebat...mereka gagah...
Namun, aku tidak selamanya menjadi kapten
Kedut-kedut di muka makin bertambah
Kakiku tak sekuat dulu
Aku mula meninggalkan kedudukan itu
Agar yang lebih muda mengisinya
Jauh dari sudut hati, aku masih cintakan lautan
Berbekalkan semangat itu
Aku kembali ke persada lautan
Aku mencari anak kapal yang ada keinginan sepertiku
Walaupun sedikit, tetapi kapalku tetap berlayar
Tapi aku lupa....kapalku tidak sebesar dulu
Bahkan ianya sangat usang
Tidak mampu untuk mengegar ombak
Aku silap
Ternyata aku silap
Aku hanya ada keinginan
Tetapi aku tidak punyai peralatan yang cukup
Anak kapalku mula meninggalkanku
Awalnya ku sangkakan mereka akan setia bersamaku
Namun aku mengerti
Mereka juga punyai kehidupan sendiri
Akhirnya ku bersendiri
Pun begitu, kapal kecilku ini sudah berlayar hampir setahun
Sudah cukup membanggakanku
Kini ianya tiada lagi
Berlayar membawa pergi cita-cita ini
Yang tinggal hanya kenangan abadi
Hanya satu yang inginku ungkapkan
BYE BYE BLACK PEARL
In Memory
Wednesday, 1 January 2014
Siapa yang sesat??
Tulisan ini saya tulis selepas saya anjurkan debat terbuka di
facebook antara Benz Ali dan Abu Ubaidah Al Arabi tentang “Siapa itu Ahlul
Bait?” Respon yang pelbagai saya terima terhadap anjuran debat ini. Diantara
respon yang paling tidak masuk akal yang saya terima ialah “Mengapa perlu
anjurkan debat tentang aqidah? Sudah terang-terang syiah itu sesat. Debat ini
memberi ruang kepada syiah menyebarkan fahaman sesat mereka. Enta bertanggungjawab
jika ada orang awam yang terpengaruh dengan syiah.”
Demikian respon
dari beberapa orang mahasiswa yang saya terima. Kenyataan sebegitu menonjolkan
lagi kejahilan dan kehancuran pemikiran sang mahasiswa. Mereka menutup serapat
mungkin perbincangan berkaitan aqidah kononnya untuk menjaga aqidah mereka
daripada pengaruh ajaran sesat. Perkara ini sangat kontradik dengan apa yang
dilakukan oleh para ulama zaman berzaman di mana mereka lebih awal berdebat
tentang aqidah. Hatta pengasas ahlus sunnah wal jamaah sendiri iaitu Imam Abul
Hasan Asya’ri pernah berdebat dengan gurunya Abu
Ali al-Jubba’I yang berfahaman muktazilah berkenaan dengan aqidah sehingga
menyebabkan beliau keluar dari fahaman tersebut dan membentuk fahaman ahlus
sunnah wal jamaah.
Thursday, 19 December 2013
Aku menulis bukan kerna nama
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Ada apa pada ungkapan sang pemidato? Ungkapannya berubah-ubah sedangkan tulisan itu kekal. Ada apa pada penampilan dan wajah? Sedangkan keindahannya sementara
( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Tinta ini buat teman-teman. Saksikanlah bahawasanya aku menulis bukan kerna nama. Atas sifat kasih pada kalian, aku kongsikan tinta ini. Dengan harapan tulisanku bisa berkongsi maklumat dan merubah pemikiran masyarakat
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau mencari maklumat yang salah. Jangan terburu-buru. Kaji lah. Rujuk lah tulisan pusaka turun temurun dari zaman nabi
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
Lapangkan lah dadamu. Buka lah mindamu. Jangan hiasi hatimu itu dengan kesombongan dan keegoan ilmu. Kerna lambat laun ia akan menghancurkan dirimu
Friday, 13 December 2013
Parenting skills: Bagaimana membesarkan anak dengan baik pada peringkat 5 tahun pertama
Brain Rules for
Baby: How to raise a smart and happy child from zero to five karangan John
Medina antara buku yang sangat bagus dan sesuai dibaca bagi mereka yang akan
bergelar ibu atau bapa. Penulis buku ini merupakan seorang saintis dan profesor
di Universiti of Washington School of Medicine. Beliau mengupas tentang kaedah
membesarkan anak menjadi cerdik, sihat dan ceria melalui perbahasan neurologi,
biologikal dan psikologi. John Medina berjaya mengupasnya dengan baik dengan
menggunakan bahasa yang mudah difahami, ringkas dan padat. Sesiapa sahaja mampu
untuk memahami buku ini walaupun anda bukan doktor.
Saya tertarik untuk berkongsi
tentang tip-tip parenting yang diberikan John Medina di akhir buku ini
yang mana merupakan ringkasan dan kunci kepada maklumat keseluruhan buku. Saya
hanya akan berkongsikan sebahagian besar sahaja dan yang selebihnya pembaca
boleh dapatkan dalam buku beliau. Penulis membahagikan tip-tip parenting ini
kepada 5 bahagian iaitu pregnancy (saat ibu mengandung), relationship
(antara suami isteri), smart baby, happy baby dan moral baby (penghasilan
anak yang baik).
Friday, 6 December 2013
Ulasan Filem "Perempuan Berkalung Sorban"
Hebat! Itu lah reaksi saya ketika pertama kali menonton filem ini.
Sebuah filem dari Indonesia yang bergenre islami ini telah berjaya mendapatkan
7 nominasi dalam Festival Filem Indonesia 2009. Ketika filem ini ditayangkan di
Indonesia, ianya mendapat sambutan yang agak dingin dan mencetuskan kontroversi kerana filem ini dikatakan mendokong fahaman Islam
liberal dan melakukan kritikan terhadap
institusi pesantren serta tradisi Islam konservatif yang merupakan pemikiran mainstream Islamis di Indonesia. Salah seorang dari anggota Majelis Ulama Indonesia telah menyarankan supaya filem ini ditarik dari edarannya.
Pun begitu, setelah saya melalui
semakan dan penelitian, saya dapati tidak ada unsur penghinaan atau merendahkan
Islam dalam filem ini. Bagi saya filem ini mempunyai mesej pemberdayaan wanita,
kebebasan berfikir dan pemerkasaan budaya membaca. Tentunya mesej sebegini
tidak kita temui dalam filem-filem tempatan. Produksi filem Malaysia lebih
gemar menghasilkan filem-filem berunsur cinta yang dihiasi dengan adegan makan
di restoran mewah, keluarga yang kaya dan suasana tempat kerja yang tenang (tak
nampak macam orang bisnes yang selalunya busy).
Pada permulaan filem ini,
digambarkan bahawa Annisa (watak utama) telah dihalang daripada aktiviti
berkuda kononnya ia merupakan permainan lelaki. Kemudian Annisa telah
memberontak dengan membawa dalil Saidatina Aisyah juga bersukan. Disini
merupakan isu pertama yang cuba dibangkitkan tentang diskriminasi terhadap kaum
wanita.
Selain itu, Annisa juga pernah
meraih undi tertinggi sebagai ketua kelas namun gurunya terpaksa memilih
pelajar lelaki kerana perempuan dikatakan tidak boleh menjadi ketua. Walaupun
terdapat hadis sahih tentang larangan perempuan menjadi pemimpin, namun hadis
tersebut tidak boleh dibaca secara literal. Dr Yusuf al Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah
fil Islam, berpandangan bahawa dalam konteks kepimpinan dunia hari ini,
beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk
Perdana Menteri dengan beberapa syarat. Adapun jika kita mengambil keumuman
hadis yang melarang perempuan menjadi pemimpin, ianya akan bertentangan dengan
kisah Ratu Balqis yang disebut dalam al Quran sebagai pemimpin tertinggi yang berjaya.
Dr Yusuf al Qaradhawi berpandangan bahawa isu hukum kepimpinan wanita adalah
isu furu’ yang boleh berubah menurut peredaran zaman. Bagi saya, apa yang
penting ialah kemampuan seseorang itu dalam mengetuai pentadbiran tanpa
menjadikan jantina sebagai punca perbezaan utama dan kelayakan. Jika seorang
lelaki yang zalim dan lemah dalam pentadbiran menjadi pemimpin, apakah itu
melambangkan syari’at Islam? Syari’at Islam sebenar ialah memberi maslahah
kepada masyarakat.
Tuesday, 3 December 2013
Melayu Paranoid...
Nasib kau lah jadi melayu. Bangsa ni sememangnya paranoid. Malas
baca, malas kaji, malas belajar (malas aku nak layan). Yang mereka tahu hanya
cedok balik pemikiran tradisionalis/ortodoks/konservatif dan sampaikan pada
masyarakat. Semudah copy paste. Kemudian siap boleh perasan diri mereka itu
kebenaran dan yang menyimpang itu kesesatan. Aku rasa kamu semua mesti pernah
lihat adegan-adegan ni dalam wall facebook masing-masing.
Melayu sangat
allergic dengan terma wahabi, syiah, liberal, komunis, DAP, Karpal Singh, pluralisme,
sekularisme, Chin Peng, Karl Marx dan macam-macam lagi. Bila datangnya isu ni,
masing-masing berlagak sebagai hero mempertahankan aqidah dan kepercayaan. Maka
bermula lah hujah-hujah dangkal yang keluar dek kerana kurang membaca dan
kegagalan memahami epistemologi dan etimologi. Secara tak lansung lahir lah
sarjana jalanan yang diiktiraf oleh puak
jumud, paranoid lagi bebal.
Subscribe to:
Posts (Atom)





